PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kedah (Sik dan Baling), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Besut dan Setiu).
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.
Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu). – KOSMO! ONLINE!














