fbpx
SEDAR isu yang diperkatakan ramai, Eva berseloroh mengatakan hanya dengan kehadiran Aishwarya barulah Cannes boleh bermula.

‘Aishwarya Rai hadir, barulah Cannes mula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HUBUNGAN mesra di antara pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai dan pelakon Hollywood, Eva Longoria bukan lagi sesuatu yang baru.

Kedua-dua mereka sudah lama bersahabat sejak sama-sama menjadi duta L’Oreal Paris dan sering menghadiri Festival Filem Cannes bersama saban tahun.

Baru-baru ini tular dalam media sosial video Eva memanggil Aishwarya sebagai ‘best friend’ ketika mereka bertemu di acara karpet merah.

“Itu sahabat baik saya. Kami telah pun tiba. Sekarang Cannes boleh bermula,” kata Eva ketika pertemuannya bersama Aishwarya.

Kedua-dua jelitawan itu dilihat menghadiri tiga acara bersama sebagai duta L’Oreal tahun ini.

Tahun ini mereka berdua diundang ketika penutup festival. Ketika pembukaan, ramai netizen meluahkan kerisauan melihat ketiadaan Aishwarya di Cannes. Sebaliknya acara pembukaan menampilkan seorang lagi bintang terkenal Bollywood iaitu Alia Bhatt.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN