fbpx
HARUS bagi seorang wanita belum berkahwin menyusukan seorang bayi yang bukan anaknya sendiri. – Gambar hiasan

Hukum wanita belum berkahwin susukan anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

APAKAH hukum penyusuan anak angkat oleh gadis?

JAWAPAN: MENGIKUT Kamus Dewan Edisi Keempat, penyusuan adalah perihal (perbuatan) menyusui, sedangkan penyusu pula ialah orang yang menyusui. [Rujuk: Kamus Dewan hal. 1553]

Penyusuan dikenali dengan ridha’ atau radha’ dan dimaksudkan dengan radh’an, ridha’an, dan radha’an iaitu menghisap susu, ardha’ah dengan maksud menyusu bayi. Pada istilah syarak adalah nama untuk pengaliran susu wanita atau apa yang terhasil daripada susunya dalam perut bayi dengan syarat-syaratnya.

Terdapat definisi yang lain hampir sama dengan definisi di atas. Antara lafaz yang hampir sama dengan radha’ah ialah hadhanah (penjagaan). Hal ini kerana terdapat beberapa keadaan seorang penjaga juga dalam masa yang sama adalah penyusu kepada anak dijaga. [Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 22/238]

Terdapat beberapa dalil daripada al-Quran, antaranya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyususan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya, dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertawakkallah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. (Surah al-Baqarah: 233)

Al-Qurtubi berkata: “Ini menunjukkan bahawa anak apabila masih menyusu, maka ibu berhak dalam hadhanahnya lebih daripada bapa.”

Mazhab Syafi’eyah berpendapat bahawa tidak berlaku pengharaman antara penyusu dan anak yang disusu apabila anak tersebut disusukan atau diambil susunya selepas wanita tersebut meninggal dunia.

Oleh itu, sekiranya seorang perempuan yang menyusukan seorang anak kemudian meninggal dunia dalam keadaan masih tidak cukup bilangan susu (lima kali susu yang berasingan), tidak dianggap anak itu sebagai mahram kepadanya. Namun, sekiranya susu diambil semasa hidup penyusu dan diberikan kepada anak susuan ketika penyusu telah meninggal dunia, maka berlaku pengharaman (mahram) antara ibu susuan dan anak tersebut. [Rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Shafie 4/321]

Oleh itu, apabila seorang wanita menyusukan seorang anak bertepatan dengan segala rukun dan syarat yang ditetapkan, maka dari penyusuan tersebut memberi beberapa kesan dalam hukum nasab seperti berikut:

Pertama, anak tersebut haram berkahwin dengan ibu susuan dan keturunannya, seperti keturunan ibu sendiri. Kedua, semua perkara yang halal dalam kalangan keluarga kerana keturunan, halal juga dilakukan kepada keluarga kerana susuan.

Kesimpulannya, harus bagi seorang wanita yang mempunyai susu sama ada disebabkan oleh kehamilannya atau dengan pengambilan bantuan perubatan seperti terapi hormon penggalak susu untuk menyusu seorang anak yang bukan anaknya sendiri. Perkara ini tidak terikat dengan keadaan penyusu yang sudah berkahwin atau belum, gadis atau tidak, Muslim atau kafir, berakal waras ataupun gila.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN