fbpx
Ahmad Fiqri, Muhammad Faezuan Hakim dan Nik Muhammad Hafifi maut apabila bot penyelamat yang mereka naiki terjunam ke laut dalam tragedi di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan baru-baru ini.

Nahas Platform Sepat: Semua mangsa layak terima faedah Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Waris tiga pekerja pelantar minyak yang maut dalam inisiden di Platform Sepat pada Ahad lalu bakal menerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Faedah sama turut bakal dinikmati seorang lagi mangsa yang kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat kecederaan parah.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, semakan Perkeso keempat-empat mangsa mempunyai rekod caruman aktif sekali gus layak untuk meneri faedah disediakan.

“Waris Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria iaitu balu dan anak tunggal lelaki berusia 10 tahun layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM5,355 sebulan.

“Balu dan anak-anak Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam pula layak menerima FOT berjumlah RM3,105 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan tiga maut manakala seorang cedera parah selepas tali pemegang bot keselamatan dinaiki mereka tercabut dari Platform Sepat lalu terjunam ke dalam laut dari ketinggian 20 meter di perairan Terengganu-Kelantan dekat sini.

Ramanan berkata, kedua-dua waris Ahmad Fiqri dan Muhammad Faezuan Hakim juga masing-masing bakal menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM3,000.

Beliau berkata, waris seorang lagi mangsa yang maut pula iaitu Nik Muhammad Hafifi Asri Ab. Majid hanya layak menerima FPM RM3,000 memandang arwah masih bujang dan ibu bapanya pula sudah meninggal dunia serta tujuh adik-beradik telah melepasi umur kelayakan.

“Mangsa yang cedera, Muhammad Taufik Mohd Ruslan, 37, pula layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) sepanjang tempoh rawatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN