fbpx
Mohd. Zamri (kanan) memeriksa kenderaan Ford Ranger Raptor milik bekas pemain Harimau Malaysia yang disita di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu hari ini.

Setahun cukai jalan ‘mati’, JPJ sita Ford Ranger Raptor bekas pemain kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sebuah lagi kenderaan mewah milik bekas pemain bola sepak kebangsaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati gagal memperbaharui cukai jalan dalam operasi di Jalan Sultan Mohamad, di sini, hari ini.

Tindakan terbaharu itu membabitkan sebuah kenderaan pikap jenis Ford Ranger Raptor yang ditahan dalam sekatan jalan raya sempena Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) pada pukul 4.20 petang.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan kenderaan Ford Ranger Raptor milik bekas pemain Terengganu itu telah tamat dan tidak diperbaharui sejak bulan Januari tahun lalu.

“JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan jalan raya termasuk melibatkan kenderaan mewah dan berkuasa tinggi.

“Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang ditetapkan,” katanya selepas mengetuai Operasi Khas HRAA di Jalan Sultan Mohamad, di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah Toyota Vellfire yang juga milik bekas bintang bola sepak turut dikenakan tindakan dalam operasi berasingan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Zamri berkata, setakat ini, sebanyak 30 kenderaan mewah terutama jenama Mercedes-Benz telah disita menerusi Ops Luxury sejak awal tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN