GENEVA, SWITZERLAND – Lebih 900 kes disyaki Ebola dikenal pasti di negara dilanda perang, Republik Demokratik Congo(DRC), kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.
“Memandangkan usaha pengawasan dipertingkatkan dalam respons #DRC #Ebola, lebih 900 kes disyaki telah dikenal pasti setakat ini, termasuk 101 kes yang disahkan,” kata Tedros dalam catatan media sosial semalam tanpa kemas kini mengenai angka kematian.
Ebola adalah penyakit maut bawaan virus yang merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair badan pesakit. Ia boleh menyebabkan pendarahan teruk dan kegagalan organ.
DRC mengisytiharkan wabak Ebola pada 15 Mei lalu, berpunca daripada strain Bundibugyo.Tiada vaksin mahupun rawatan khsusus untuk virus itu.
Dalam kemas kini kelmarin, Kementerian Kesihatan DR Congo berkata, 204 kematian telah direkodkan di tiga wilayah negara Afrika tengah yang luas itu, daripada sejumlah 867 kes disyaki.
Ebola telah membunuh lebih 15,000 orang di seluruh Benua Afrika sejak setengah abad yang lalu. – AFP














