fbpx
SEBUAH kren mengangkat gerabak sebuah kereta api di lokasi kejadian selepas satu letupan yang menyasarkan kereta api di Quetta, semalam. -AFP

Letupan kereta api ragut 20 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 70 lagi cedera dalam satu letupan yang menyasarkan kereta api yang membawa anggota tentera di Pakistan, lapor saluran berita BBC.

Letupan itu berlaku ketika kereta api tersebut melalui stesen Chaman Phatak di Quetta, ibu kota bagi wilayah barat Balochistan, pada pagi semalam.

Pegawai kereta api menyatakan bahawa tiga gerabak dan enjin telah tergelincir manakala dua gerabak terbalik. 

Perkhidmatan kereta api tersebut kebanyakannya membawa anggota perkhidmatan dan keluarga mereka yang pulang ke rumah untuk Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan wilayah berkata bahawa kumpulan pemisah Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) bertanggungjawab ke atas serangan itu, sambil menambah bahawa ia adalah serangan pengeboman berani mati. 

Malah, BLA sebelum ini telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Imej dari tempat kejadian menunjukkan gerabak yang terbakar dan remuk serta kereta berhampiran, selain kerosakan bom pada bangunan berhampiran.

“Kereta api sedang bergerak dan terdapat penumpang di dalamnya apabila letupan berlaku,” kata Naseer Ahmed, seorang penduduk tempatan.

Seorang pegawai polis dan pegawai pentadbiran awam di Balochistan mengesahkan kepada bahawa 20 orang telah terbunuh, dengan kebimbangan jumlah kematian mungkin meningkat. 

Menurutnya lagi, tiga askar adalah antara yang terkorban.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu, dengan mengatakan ‘tindakan keganasan pengecut seperti itu tidak akan melemahkan keazaman rakyat Pakistan’.

“Seluruh negara berdiri teguh dalam solidariti bersama rakyat Balochistan pada saat kesedihan ini,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN