fbpx
Kakitangan Nestle bersama pelajar sekolah bergambar pada salah sebuah acara bersempena Komuniti Karnival Kitar di Kulim baru-baru ini.

Program SAVE Nestle Malaysia berjaya capai 260,000 isi rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nestle terus memperkukuhkan usaha kitar semula yang diterajuinya sejak sekian lama melalui projek SAVE (Segregate (Asingkan), Avoid (Elakkan), Value (Nilai), Educate (Didik)) yang telah diperkenalkan sejak tahun 2020.

Ia kini terkenal dan menjadi program kitar semula sukarela Nestle dan inisiatif Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) terbesar di negara ini.

Melalui program tersebut, usaha ini menyokong pengasingan sisa di punca (Separation-at-Source) di peringkat isi rumah melalui kutipan mingguan bahan kitar semula kering secara dari rumah ke rumah, dengan
kerjasama pihak berkuasa tempatan, konsesi pengurusan sisa dan pengitar semula swasta.

Program yang kini diperluas ke seluruh negara ini telah mencapai kira-kira 260,000 isi rumah meliputi sembilan bandar raya.

Pada tahun 2025, program ini mengalihkan kira-kira 15,000 tan sisa pepejal termasuk 10,000 tan plastik daripada disalurkan ke tapak pelupusan dan lautan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, project SAVE telah diperluaskan ke Kulim pada tahun 2025 melalui projek rintis bersama SWCorp, E-Idaman dan ESH Resource.

Menurut beliau, sejak dilancarkan, projek perintis Kulim telah mengutip kira-kira 100,000 kilogram bahan kitar semula, termasuk 28,000 kilogram plastik menerusi program kutipan pintu ke pintu mingguan yang terkhusus.

“Kemajuan yang kami capai menunjukkan bahawa usaha kitar semula yang berkesan bermula dengan kerjasama kukuh dan sistem konsisten di peringkat akar umbi. Tetapi sistem sahaja tidak mencukupi
kerana perubahan sebenar bermula di rumah.

“Kami menggalakkan semua rakyat untuk mengasingkan sisa di rumah dan menjadikan kitar semula sebahagian daripada kehidupan harian semua individu kerana apabila tindakan kecil menjadi amalan biasa,
impak bermakna boleh tercetus di seluruh negara.

“Di Nestle Malaysia, pendekatan EPR mencerminkan komitmen kami untuk menyokong peralihan kepada masa
depan yang lebih berasaskan kitaran dan bebas sisa,” katanya dalam kenyataan.

Terbaharu, penganjuran komuniti Karnival Kitar baru-baru ini, , satu memorandum persefahaman (MoU) antara Nestle Malaysia dan SWCorp telah dimeterai sambil disaksikan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri
Intan Safinaz  Sultan Abdul Halim.

Karnival Kitar, yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selasih, telah menghimpunkan para penduduk,sekolah-sekolah, pihak berkuasa tempatan, rakan kerjasama dan pemimpin komuniti
menerusi jerayawara pendidikan, reruai interaktif dan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran
dan mengiktiraf sumbangan komuniti. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN