KETIKA ramai rancak berkongsi pengalaman menghadiri sesi uji bakat teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLTM), berbeza pula yang dinyatakan Beto Kusyairy.
Iyalah, ramai yang berkongsi tentang watak Hang Tuah tetapi Beto pula memberitahu dia mengimpikan untuk memegang karakter Hang Jebat sekiranya diberi peluang.
“Tapi kalau filem ini dipentaskan, tidak perlu berjemput.
“Aku sendiri datang uji bakat dan berlawan untuk watak yang dimainkan oleh seniman Nordin Ahmad ini,” katanya dalam platform Threads.
Bagus juga Beto sebab mesti ramai tidak terfikir mengenai watak Jebat. Harap apa yang dihasratkan tercapailah ya.
DIVA: Video sesi latihan Aqasha dan Mila Mohsin cepat saja viral, mesti laku keras tiket teater PGLTM nanti.














