fbpx
GAMBAR HIASAN.

Semenanjung cerah, ribut petir di Sabah, Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, antara kawasan terlibat di Sarawak adalah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Sibu (Sibu dan Selangau).

“Selain itu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang) turut dijangka hujan lebat dan ribut petir,” katanya.

Tambah MetMalaysia, kawasan di Sabah yang diramal ribut petir pula adalah Pedalaman (Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

“Ribut petir juga dijangka di Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN