fbpx
Gambar fail - Foto AFP

GSF 2.0: Bukan Malaysia ‘terpaling’, hakikatnya laluan darat juga ditekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh yang juga penulis geopolitik, Ahmad Faezal Mohd. Shariff menyangkal segelintir pihak yang mengkritik Malaysia kononnya terpaling menonjol untuk menghantar bantuan ke Gaza, Palestin menerusi jalan laut.

Beliau berkata, pihak-pihak tersebut turut mendakwa kononnya dalam diam-diam menghantar bantuan ke Gaza menggunakan laluan darat, berbanding Malaysia menggunakan jalan lalu menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Menurutnya, perkara tersebut merupakan propaganda, malah ia telah tular sejak penganjuran misi bantuan kemanusiaan GSF 1.0 yang kemudiannya berlanjutan kepada GSF 2.0.

“Kononnya lain diam-diam organize hantar bantuan guna jalan darat. Malaysia je terpaling nak guna jalan laut. Hakikatnya mudah saja. Takkan lebih 50 negara sanggup bersatu buat sesuatu yang susah dan memenatkan kalau laluan darat itu benar-benar berfungsi.

“Realitinya, Israel dah weaponize (jadikan tekanan) laluan darat itu,” katanya pada hantaran Thread.

Beliau menjelaskan, Gaza mengalami bread crisis (krisis roti) dan sepatutnya 450 tan tepung masuk ke sana dalam masa sehari, namun hanya 200 tan sahaja.

“Makanan habis tarikh luput dan produk boikot dimasukkan dalam Gaza. Lori bantuan sengaja dihala ke jalan rosak untuk ‘diserang’ orang-orang lapar nak tunjuk warga Gaza ni gasar (ganas dan kasar),” katanya.

Ahmad Faezal berkata, jalan darat ibarat ‘plaster’ untuk menahan ‘luka’ yang mempunyi fungsinya sendiri.

“Tapi kalau ‘luka’ tu menghampiri barah? Fikir sendiri. Korang tahu tak yang ‘plaster’ tu berharga AS$15,000 satu lori? Itu harga tol Israel kenakan. Perlu ka saya dedah berapa harga tol Mesir kenakan?,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Faezal menyertai GSF 2.0 pada bulan lalu, namun beliau tidak dapat meneruskan pelayaran selepas diserang demam panas pada saat-saat akhir.

Kesihatannya merosot pada malam 25 April menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada menyertai pelayaran dari Sicily, Itali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN