fbpx
Beberapa unit rumah pangsapuri di Setiawangsa yang diubah suai. Foto Thread Izzuddinradzali

‘Tahu tak hukum ambil tanah bukan hak walau sejengkal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan beberapa pemilik rumah di sebuah pangsapuri didakwa melakukan pengubahsuaian ke atas unit mereka, mengundang kemarahan pengguna media sosial.

Menerusi hantaran gambar dimuat naik seorang pengguna Thread Izzuddinradzali, pangsapuri tersebut terletak di Setiawangsa dan kelihatan beberapa unit rumah turut diubah suai termasuk ditambah balkoni.

“Flat tingkat dua dan tiga tambah luar lebih 500 kaki persegi rasanya. Siap ada balkoni weh,” katanya pada hantaran itu.

Perkongsian itu mengundang kemarahan orang ramai termasuk teguran terhadap perbuatan berkenaan dari sudut agama Islam.

“Kamu yang tambah rumah, itu bukan tanah kamu. Tahu apa hukum ambil tanah bukan hak kamu walau sejengkal? Nanti Allah lipat kamu dalam tanah tujuh petala bumi, rasakanlah,” komen pengguna Thread Mohd Hafiz Ag.

“Bukan tanah je mereka ambil, tutup pandangan, angin. Jiran-jiran sebelah mereka tak ambil kira,” komen A Punk Rocker.

“Ni semua Islam, tapi tak tahu hukum halal haram,” kata Frhx20.

“Kalau diorang ada duit nak tambah ubah suai rumah, maksudnya diorang ada duitlah beli rumah atas tanah yang luas? Kenapa masih beli rumah flat eh,” kata Nursyafsh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN