fbpx
Orang ramai membeli belah semasa Program Jualan Rahmah Madani – Jualan Mega Aidiladha 2026 anjuran PKPS bersama KPDN Selangor.

Ayam RM10, beras RM12 tarikan Jualan Mega Aidiladha PKPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Ayam seekor pada harga RM10 dan beras 5 kilogram (kg) RM12 antara tarikan utama Program Jualan Rahmah Madani – Jualan Mega Aidiladha 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor.

Program selama dua hari bermula pada 23 Mei itu diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih murah dan berpatutan.

PKPS dalam satu kenyataan berkata, pelbagai barangan asas ditawarkan pada harga promosi termasuk ikan 900 gram RM6.50, daging 900 gram RM10, telur gred B sepapan RM7 dan minyak masak 2kg RM10.

Menurut kenyataan itu, jualan berkenaan akan berlangsung di lapan lokasi terpilih di sekitar Selangor bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang.

“Pada 23 Mei, lokasi terlibat ialah Dataran Bougainvilla Kampung Sungai Kertas, Perkarangan Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam, Dataran Pantai Batu Laut dan Pejabat Parlimen Sabak Bernam di Bagan Nakhoda Omar.

“Manakala pada 24 Mei, lokasi terpilih ialah Balai Penghulu Telok Panglima Garang, Perkarangan Flat Taman Kem Pelabuhan Klang, Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang dan Tapak Parkir Econsave Sungai Buloh,” katanya.

Menurutnya, pengunjung diminta membawa kad pengenalan bagi tujuan pendaftaran dan pengesahan, selain semua barangan promosi tertakluk kepada stok semasa di setiap lokasi terlibat.

Dalam perkembangan sama, PKPS turut melaksanakan Promo Raya Haji Ehsan Mart dari 15 hingga 31 Mei ini di tiga cawangan Ehsan Mart iaitu Sungai Tua, Pandan Utama dan Taman Melawati bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan Aidiladha dengan lebih menjimatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN