fbpx
Kapal flotila Andros dan Alcyone sudah melepasi Zon Merah 2 dan memasuki zon kritikal sebelum dijangka mendarat di perairan Gaza kira-kira awal pagi nanti (waktu Malaysia).

Kapal flotila Andros, Alcyone paling depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kedudukan dua kapal flotila iaitu Andros dan Alcyone dilaporkan berada di hadapan meninggalkan lapan kapal yang lain dalam meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza ketika ini.

Berdasarkan paparan di Sumud Nusantara Tracker, setakat pukul 6.30 petang waktu Malaysia, dua kapal tersebut telah melepasi Zon Merah 2 dan kini sedang menuju ke zon kritikal iaitu yang terakhir sebelum berjaya mendarat di perairan Gaza sekali gus melengkapkan misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0.

Dalam perkembangan sama, kapal Alcyone turut dinaiki dua rakyat Malaysia iaitu Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs dan Chin.

Jika tiada gangguan, kumpulan mereka ini dijangka sampai di perairan Gaza kira-kira enam jam lagi.

Sementara itu, dua lagi rakyat Malaysia yang masih meneruskan pelayaran ialah Syed Amirul (Don Juan) dan Dr. Thanisah (Zefiro).

Kapal mereka kini menghampiri sempadan terakhir Zon Merah 2.

Terdahulu, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan berkata, berdasarkan sistem penjejakan semasa, 10 kapal flotila yang masih belayar dijangka menghampiri perairan Gaza pada awal pagi esok (waktu Malaysia).

Menurutnya, tempoh itu merupakan pecutan terakhir buat peserta flotila untuk terus mara ke hadapan meskipun berdepan risiko dipintas atau ditahan tentera laut rejim Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN