fbpx
TFC sebelum ini mengejutkan peminat apabila merancang untuk meninggalkan saingan Liga Super, namun kembali membuat pusingan U.

Liga Super: TFC buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERENGGANU FC (TFC) yang sebelum ini berura-ura ‘turun pangkat’ ke Liga A1 Semi Pro membuat pusingan U memutuskan kekal bersaing dalam Liga Super pada musim depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Ahmad Shahrizal Yahya berkata, keputusan tersebut diambil setelah melakukan perbincangan panjang lebar dalam mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif PBSNT pada minggu lalu.

“Kami mengambil maklum beberapa hasil dapatan daripada siri  bengkel dan sesi libat urus bersama pihak pemegang taruh utama yang dilakukan sebelum ini. Secara prinsipnya, PBSNT bersetuju agar TFC terus kekal bersaing dalam saingan Liga Super musim akan datang,” katanya. 

Ahmad Shahrizal berkata, begitupun, penstrukturan melibatkan aspek pengurusan, kewangan, teknikal serta operasi pasukan akan dilaksanakan demi kelangsungan TFC.

Beliau berkata, PBSNT komited untuk memastikan TFC yang menduduki tangga kelima Liga Super musim ini menjadi pasukan yang lebih stabil, mampan dan kompetitif bagi jangka masa panjang.

“Keutamaan akan diberi untuk menyelesaikan beban tanggungan sedia ada termasuk kumulatif hutang kelab daripada musim-musim terdahulu secara lebih berstruktur.

“Perbelanjaan bagi musim semasa mulai musim depan juga akan disusun dan dikawal sebaik mungkin bagi mengukuhkan kemampanan kelab menghadapi cabaran mendatang,” katanya.

Ahmad Shahrizal berkata  segala perancangan yang sedang diperhalusi akan memberi fokus kepada pengukuhan tadbir urus, kestabilan organisasi, pembangunan bakat tempatan serta pembentukan semula kekuatan pasukan secara lebih terancang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN