fbpx
SKUAD sepak takraw negara meraih suntikan semangat pada aksi Piala Dunia kali ini selepas dinobatkan sebagai pasukan lelaki terbaik di Anugerah Sukan Negara 2025 semalam. - FB PERSEKUTUAN SEPAK TAKRAW MALAYSIA

Misi tebus kegagalan edisi lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEKONG berpengalaman negara, Zulkifli Abdul Razak membawa misi cukup besar pada Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2026 apabila mahu menjelmakan emas acara berpasukan sekali gus menebus kekecewaan edisi dua tahun lalu.

Selepas skuad negara gagal meraih gelaran itu pada edisi 2024, Sobey kini melihat pentas di laman sendiri sebagai peluang terbaik untuk mengembalikan maruah selain menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat penyokong tanah air.

Pemain berusia 34 tahun yang pernah membantu Malaysia meraih emas regu berpasukan di Sukan SEA Thailand 2025 percaya barisan kali ini memiliki kekuatan untuk pergi lebih jauh.

“Di sini saya cuma main satu acara sahaja. Jadi, misi saya adalah memastikan kemenangan dalam acara berpasukan. Sebab dua tahun lepas Piala Dunia kita tak dapat emas acara berpasukan. Tahun ini insya-Allah, kita buat yang terbaik,” katanya.

Namun, Zulkifli atau mesra dengan panggilan Sobey itu sedar beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri bukan sekadar memberi kelebihan, malah turut membawa beban harapan besar seluruh negara.

“Kalau main di tempat sendiri ini, kelebihan memang ada, tekanan pun ada. Tapi, kita mahu bagi sesuatu untuk tanah air kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sobey mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang mudah cabaran ketika menentang Myanmar apabila mengakui lawan kini semakin kuat terutama di posisi tekong.

Katanya, Myanmar dijangka masih mengekalkan sebahagian besar pemain daripada skuad Sukan SEA sebelum ini dengan hanya beberapa perubahan kecil dilakukan.

Acara regu berpasukan membuka tirai hari ini dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama India dan Myanmar, sekali gus menjadi permulaan kepada misi Sobey memburu emas yang diimpikan di bumi sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN