fbpx
Zambry (empat dari kiri) merasmikan Kembara PKPT@T di SMK Menerong, Hulu Terengganu hari ini.

Program Kembara Pendidikan Tinggi perkasa sosioekonomi luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Penglibatan institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi Program Kembara Pendidikan Tinggi (PKPT) merupakan inisiatif kerajaan untuk memperkasa sosioekonomi masyarakat luar bandar melalui pemindahan ilmu ke peringkat akar umbi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, program yang julung kali dilancarkan di Terengganu itu bakal diperluaskan ke negeri-negeri lain tidak lama lagi.

“Inisiatif tersebut melibatkan universiti, politeknik dan kolej komuniti dalam usaha mendekatkan kepakaran IPT dengan masyarakat setempat.

“Ia langkah menterjemahkan ilmu yang diperoleh di menara gading kepada masyarakat,” katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menerong selepas merasmikan (PKPT@T) dan Program Kampung Angkat Madani (PKAM) hari ini.

Zambry berkata, program berkenaan digerakkan secara bersepadu dengan penglibatan universiti awam setempat sebagai peneraju di negeri masing-masing.

Beliau berkata, sebagai contoh, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dipilih sebagai universiti peneraju bagi melaksanakan PKPT di Terengganu.

“Kepakaran UMT dalam pengeluaran madu kelulut yang diterjemahkan kepada projek komuniti di kampung-kampung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN