fbpx
Zambry (belakang, tengah) bersama sebahagian pelajar selepas merasmikan PKPT@T di SMK Menerong, Hulu Terengganu hari ini.

IPT turun padang didik masyarakat kuasai AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Peranan institusi pendidikan tinggi (IPT) kini melangkaui ruang kuliah dengan dituntut menjadi pemacu utama pembangunan masyarakat dalam bidang teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) selaras dengan keperluan ekonomi digital negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, semua universiti, politeknik dan kolej komuniti tempatan perlu bergerak seiring dengan perubahan teknologi bagi memanfaatkan AI sebagai alat memperkasa penyelidikan, inovasi serta penyampaian ilmu kepada komuniti.

Beliau berkata, penguasaan teknologi seperti AI amat penting dalam memastikan pembangunan bakat masa depan negara lebih inklusif dan berdaya saing.

“Usaha tersebut bertujuan untuk memastikan masyarakat luar bandar dan generasi muda tidak tercicir daripada arus transformasi ekonomi digital yang sedang pesat berkembang.

“AI merupakan agenda pendigitalan pendidikan dan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional),” katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menerong selepas merasmikan program Kembara Pendidikan Tinggi@Terengganu (PKPT@T) dan Program Kampung Angkat Madani (PKAM).

Zambry berkata, program seperti PKPT@T menjadi medium penting dalam merapatkan jurang antara IPT dan masyarakat menerusi pemindahan ilmu, teknologi serta inovasi secara terus ke lapangan.

Beliau berkata, pendekatan tersebut bukan sekadar aktiviti turun padang malah strategi menyeluruh bagi memastikan kepakaran akademik dapat dimanfaatkan dalam menangani isu komuniti secara lebih berkesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN