fbpx
Sani Araby ketika bercakap pada sidang akhbar di SNCC di Sepang hari ini.

SNCC mohon campur tangan kerajaan bantu rakyat Malaysia ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Sumud Nusantara Command Center (SNCC) memohon campur tangan segera kerajaan untuk menghubungi pihak berkaitan bagi mendesak pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan Israel.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wisma Putra berhubung penahanan itu.

Menurutnya, tindakan Israel dilakukan secara sengaja walaupun pelbagai peringatan dan ugutan sekatan telah dinyatakan oleh masyarakat antarabangsa terhadap rejim berkenaan.

“Kita lihat kali ini mereka masih melakukan tindakan ini walaupun sudah diberikan peringatan dan ugutan sekatan di peringkat dunia,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Katanya, lebih banyak kapal yang ditahan di laut ketika ini bakal menjadi bukti tambahan kepada GSF untuk membawa isu berkenaan ke peringkat antarabangsa.

Jelasnya, bukti yang dikumpulkan itu akan digunakan untuk mengheret rejim Zionis ke muka pengadilan antarabangsa atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia dan undang-undang maritim.

Dalam pada itu, tindakan Israel menahan peserta GSF 2.0 pada waktu siang membuktikan bahawa rejim itu semakin terdesak untuk menahan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Sani Araby berkata, kejadian pemintasan kali pertama pemintasan dilakukan pada waktu siang sepanjang penglibatan GSF.

Menurutnya, pihak GSF sebelum ini menjangkakan pemintasan berkemungkinan berlaku berhampiran perairan Greece dan menyangka ia akan dilakukan pada waktu malam.

“Namun mereka hadir dengan banyak bot pada waktu siang, menunjukkan pihak rejim sangat terdesak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN