fbpx
Pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Muhammad Affendi, sebentar tadi.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 27 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jaladudin, sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1447 Hijrah ialah pada 18 Mei 2026 Masihi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Korban, 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 27 Mei 2026 Masihi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN