fbpx
Pihak polis berjaya menemukan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel.

Tiga dicekup ketika curi kabel telekom, positif syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAMERON HIGHLANDS – Kegiatan tiga lelaki yang dipercayai mencuri kabel telekom di kawasan belakang sebuah kelab golf di Brinchang terbongkar selepas mereka dicekup polis dalam Op Tapis awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua lelaki warga tempatan berusia antara 41 hingga 46 tahun ditahan kira-kira pukul 3.40 pagi.

Tambahnya, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands yang sedang menjalankan Op Tapis di Jalan Griddle, Brinchang.

“Semasa rondaan, polis terserempak dengan seorang lelaki sedang mengait kabel telekom, manakala dua lagi lelaki berada di tepi jalan berhampiran sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek dan kenderaan menemukan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel selain beberapa gulung kabel yang disyaki hasil curi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas satu tiub kaca mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 2.87 gram.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine. Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN