fbpx
Ahmad Samsuri.

Ahmad Samsuri dilantik Ketua Pembangkang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) melantik Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang baharu dalam usaha memperkukuhkan peranan blok tersebut sebagai semak dan imbang di Parlimen.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Kali Ke-2 yang dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi PN itu di Hotel Royale Chulan di sini hari ini.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi PN bagi memastikan suara pembangkang terus dimainkan secara bertanggungjawab dan konstruktif demi kepentingan rakyat serta masa depan negara.

“PN akan terus memainkan peranan sebagai suara semak dan imbang yang bertanggungjawab, konstruktif dan berprinsip demi memastikan kepentingan rakyat serta masa depan negara sentiasa diutamakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Pengerusi PN Perlis, manakala Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengetuai Kedah dan Datuk Seri Dr. Dominic Lau Hoe Chai bagi Pulau Pinang.

Menurut beliau, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik di Perak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Selangor, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin bagi Melaka dan Wilayah Persekutuan, selain Datuk Dr. Sahruddin Jamal di Johor.

“Turut dilantik ialah Datuk Ibrahim Tuan Man bagi Pahang, Datuk Dr. Alias Razak di Terengganu, Datuk Ahmad Yakob di Kelantan, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan di Sabah serta Jaziri Alkaf Abdillah Suffian di Sarawak,” katanya.

Bagaimanapun, katanya pelantikan Pengerusi PN Negeri Sembilan masih ditangguhkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN