Kisah seram yang berlaku beberapa tahun lalu itu masih menghantui Jun (bukan nama sebenar). Masakan tidak, disebabkan gangguan aneh itu, dia terpaksa menutup kedai bakeri miliknya dan berpindah semula ke ibu kota selepas hampir setahun menguruskan perniagaan di sebuah pekan kecil di Selatan tanah air. Menurut Jun, semuanya bermula apabila dia membeli sebuah kedai lama dua tingkat yang terletak berhampiran stesen kereta api lama. Ketika itu, dia melihat lokasi tersebut mempunyai potensi besar untuk menjalankan perniagaan bakeri kerana suasananya yang……














