fbpx
PELAJAR memakai pelitup muka beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin meningitis di Universiti Kent, Canterbury, tenggara England pada 18 Mac lalu. – AFP

Pelajar maut jangkitan meningitis, England lapor 3 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang remaja meninggal dunia selepas dijangkiti meningitis dan dua lagi masih dirawat untuk  penyakit yang boleh membawa maut itu di selatan England, demikian menurut agensi kesihatan United Kingdom(UK) semalam.

“Pakar-pakar  Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA)  sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan rakan kongsi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan(NHS) susulan tiga kes  (meningitis) dalam kalangan golongan muda di Reading.

“Seorang pesakit meninggal dunia dan dua lagi sedang menerima rawatan sewajarnya,” kata kenyataan pihak berkuasa.

Menurut media tempatan, mangsa merupakan pelajar  Kolej Henley di Henley-on-Thames.

Meningitis ialah jangkitan bakteria pada selaput otak dan saraf tunjang, disebarkan melalui titisan pernafasan atau rembesan tekak mereka yang dijangkiti.

Penyakit itu berpotensi membawa maut dan tanpa rawatan,  boleh menyebabkan kerosakan neurologi termasuk pekak dalam kalangan kanak-kanak. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN