fbpx
ANGGOTA bomba menggunakan tali penyelamat bagi membawa mangsa menyeberangi sungai ke kawasan selamat di Cameron Highlands hari ini.

8 kanak-kanak terkandas akibat kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAMERON HIGHLANDS – Seramai lapan kanak-kanak lelaki berdepan cetik cemas apabila terkandas di atas batu selepas fenomena kepala air melanda Sungai Menson berhampiran Perkampungan Orang Asli Kampung Terisu, Kuala Terla di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, kesemua mangsa berusia antara empat hingga 12 tahun dipercayai gagal menyeberangi sungai selepas arus menjadi deras dan paras air meningkat secara mendadak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.10 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba, anggota mendapati arus sungai sangat deras menyebabkan mangsa tidak dapat bergerak keluar dan terpaksa menunggu bantuan,”katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi menyelamat dijalankan menggunakan tali penyelamat bagi membawa semua mangsa menyeberangi sungai seorang demi seorang ke kawasan selamat.

“Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN