KUALA LUMPUR – Penjaja di sekitar Lembah Klang mengakui perniagaan mereka terjejas berikutan musim hujan yang melanda ibu negara dan Selangor sejak beberapa bulan ini. Rata-rata mereka menyatakan kehadiran pelanggan berkurangan secara drastik memandangkan waktu puncak perniagaan mereka sering ‘bertembung’ dengan hujan lebat. Seorang peniaga di Jalan Melaka, Roslan Marwan, 39, berkata, pendapatannya merosot sehingga 50 peratus pada musim hujan ini kerana kekurangan pelanggan. “Biasanya dalam sebulan saya boleh mendapat untung bersih RM4,000 ke RM5,000, tetapi sejak musim hujan nak…














