fbpx
Tangkap layar video menunjukkan tetamu membawa pulang sangkar bersama burung. - TikTok

Tetamu majlis kesyukuran dapat burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah majlis kesyukuran di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila tetamu menerima sangkar berserta burung di dalamnya sebagai cenderahati, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bacotnewstoday_bnt menunjukkan sejumlah tetamu membawa pulang sangkar kecil dengan burung di dalamnya.

Selain sangkar dan burung, mereka juga menerima bakul buluh berisi nasi serta lauk.

Beberapa sumber melaporkan bahawa penggagihan buah tangan itu dibuat susulan hobi tuan rumah atau kecintaan penduduk setempat terhadap memelihara burung.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Luar biasa!” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN