fbpx

Remaja 14 tahun dikurung, diliwat di Pangsapuri Bukit Kemuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki melalui detik hitam apabila bukan sahaja dikurung selama tiga jam malah diliwat seorang lelaki dalam kejadian di sebuah unit pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32 di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.05 pagi apabila suspek dilihat mendekati mangsa berusia 14 tahun dan berjalan bersama berdasarkan semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan awal mendapati suspek telah memperdaya mangsa dengan menawarkan satu pakej internet telefon bimbit.

“Bagaimanapun, tawaran itu bersyarat dengan mangsa perlu membantu mengangkat barang di dalam rumah suspek.

“Mangsa kemudiannya telah diikat kaki dan tangan serta disyaki diliwat oleh suspek,”
katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya ditinggalkan bersendirian dalam keadaan terikat sebelum berjaya membuka ikatan dan menjerit meminta bantuan dari tingkap bilik.

Jeritan mangsa disedari jiran berhampiran sebelum bertindak menyelamatkan remaja itu kira-kira pukul 11.15 pagi, sebelum menghubungi pihak polis.

“Suspek telah dikenalpasti dan usaha mengesan saspek sedang giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 342, 377C dan 323 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian ini bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohamad Sabri Abd. Rani ditalian 017-2892628,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman CCTV yang memaparkan suspek serta wajah lelaki berkenaan yang dikaitkan dengan kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN