PETALING JAYA – Ramai yang sudah merancang untuk pelan percutian bulan Mei ini memandangkan terdapatnya beberapa hari cuti umum dan juga musim cuti sekolah yang boleh dimanfaatkan dengan pelbagai perjalanan ke luar negara dan juga dalam negara.
Bagi yang masih memikirkan destinasi percutian jarak dekat di luar Malaysia yang tidak melibatkan kos yang tinggi,Singapura adalah pilihan terbaik kerana negara jiran itu boleh diakses dengan pelbagai kemudahan pengangkutan yang cekap.
Selain menawarkan pelbagai tarikan menerujakan dan menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan orang tersayang, Singapura juga menawarkan keunikan daripada aspek kemudahan penginapan daripada hotel kategori premium sehingga berkos murah mengikut bajet pelancong.
Ada hotel yang berjenama utama dan popular di persada antarabangsa dan ada juga yang menawarkan kemudahan penginapan selesa, berada di lokasi strategik yang menawarkan pengalaman percutian yang unik.

Bagi mereka yang mahukan percutian berkonsepkan mewah tetapi tidak melibatkan kos yang terlalu tinggi, Singapore Marriot Tang Plaza Hotel boleh dijadikan pilihan kerana ia menyediakan pakej yang menarik melalui pakej bilik Ultimate Staycation sehingga 31 Disember 2026.
Pakej yang lengkap dengan sarapan bufet percuma untuk dua orang dan kredit makan bernilai SGD100 bagi setiap penginapan itu membolehkan tetamu menginap di hotel yang memiliki seni bina ikonik di lokasi strategik di Singapura.
Rekabentuk hotel yang berbumbung pagoda berbentuk oktagon dengan jubin hijau yang menyerlahkan lagi konsep premium hotel itu juga menawarkan peluang kepada tetamu menerokai Orchard Road.
Selain itu, JW Marriott Singapore South Beach yang terletak di lokasi strategik di Marina Bay juga memberi kemudahan kepada pengunjung untuk merealisasikan pakej penerokaan bandar yang mudah.

Sehingga bulan Ogos ini, hotel mewah ini menawarkan pakej Stay & Explore yang boleh di ditempah serta-merta, direka untuk tetamu yang ingin menerokai Singapura dan merasai dinamisme bandar yang memberi inspirasi, sambil menikmati detik-detik tenang yang menyegarkan sepanjang penginapan mereka.
Antara kemudahan yang disediakan di dalam pakej tersebut adalah penginapan minimum tiga malam dalam jenis bilik pilihan, pengangkutan disediakan dari lapangan terbang dua hala secara percuma dan sepasang tiket Discover percuma untuk menerokai Singapura melalui Hop-on, Hop-off Singapore Big Bus Tour atau Singapore DUCKtours.
Jika ada pengunjung yang mahukan percutian lebih premium, InterContinental Singapore yang telah ditransfomasi kepada Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore.

Bagi meraikan transformasi ini, hotel memperkenalkan pakej Frasers House Signature Stay yang sedang berlangsung sehingga 31 Mei ini telah direka untuk menawarkan pengalaman unik yang akan membawa tetamu menyelami seni kehidupan yang penuh pertimbangan.
Setibanya, setiap tetamu disambut dengan layanan yang bakal membawa kenangan dan pengalaman indah apabila pulang ke kediaman masing-masing setelah menikmati percutian yang mendamaikan apatah lagi menikmati kemudahan yang disediakan di hotel.
Hidangan makanan dan minuman dengan pelbagai konsep pastinya dapat memenuhi kehendak tetamu antaranya ialah Frasers House – LUCE yang menampilkan tradisi Itali melalui bufet elegan, restoran Man Fu Yuan menghidangkan makanan semula klasik kantonis dengan penuh elegan dan The Lobby Lounge yang menawarkan hidangan menu lazat sepanjang hari. -KOSMO! ONLINE














