fbpx
Gambar dikongsikan pada Facebook Baitus Solehah berhubung kisah seorang penghuninya di rumah perlindungan berkenaan.

Baru sebulan kenal, sudah berani ‘dating’ di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita sekali lagi ‘tersilap langkah’ apabila berani bertemu dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya di sebuah hotel.

Keadaan itu menyebabkan individu yang berstatus orang kurang upaya (OKU) masalah intelektual tersebut menanggung janin luar nikah. Lebih malang lagi, pasangan lelakinya pula enggan bertanggungjawab dan meninggalkannya.

Kisah itu dikongsikan individu bernama Mak Liza yang merupakan Pengasas Baitus Solehah, iaitu rumah perlindungan bagi gadis yang terlanjur menerusi hantaran di Facebook.
“Baru sebulan berkenalan di Omi (aplikasi sosial), lelaki ajak dating (janji temu) jumpa di hotel. Bukan ajak pergi makan, sebab ini pengalaman kedua. Dua-dua ada keinginan mencuba lagi. Makan kira belakang (ketepikan).

“Selepas tujuh minggu baru tahu diri mengandung. Emak berusaha beri ubat untuk menggugurkan kandungan, namun tidak berjaya,” katanya.

Mak Liza berkata, sebelum berkenalan, wanita itu pernah berkawan dengan lelaki lain sehingga dia dimasukkan ke penjara dan menjalani hukuman.

“Dia ada pengalaman tinggal di penjara. Bercerita pengalaman dalam penjara, menempatkan lapan orang dalam satu sel. Ada double decker (katil dua tingkat), tanpa tilam dan bantal, diberi satu selimut, satu tuala dua pasang uniform, berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan sabun buku untuk cuci pakaian.

“Pakaian dalam sendiri punya. Tuala wanita diberikan. Sehari diberi tiga kali makanan, sarapan hari-hari bubur. Tengah hari dan petang diberi nasi.

“Dia ditangkap ketika bermalam di homestay (rumah inap) bersama dua lelaki yang tengah lalok syabu. Naik mahkamah terus jatuh hukum kerana ada ‘barang’ waktu diserbu. Dipenjara lapan bulan,” katanya.

Mak Liza berkata, wanita itu kemudian dibebaskan dan bekerja sebagai pekerja pembersihan. Dia kemudian berkenalan pula dengan lelaki lain menerusi Omi.

“Apabila mengandung, ditinggalkan pula. Itu yang emak hantar ke Baitus Solehah. Di luar kawalan emak, berkawan dengan orang tak keruan. Emak trauma untuk biarkan di rumah sebab emak bekerja.

“Dengan telefon, dia bebas menghubungi sesiapa sahaja tanpa memikir baik buruk. Dia memang memiliki kad OKU masalah intelektual. Orangnya kurang cerdik dan kurang bijak dalam membuat keputusan. Dan yang cerdik ambil kesempatan.

“Kiranya dia mangsa keadaan. Tak ada siapa yang mahu terjebak dengan dadah dan maksiat. Oleh kerana kurang cerdik, tidak tahu membeza baik buruk, halal haram,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN