fbpx
Anggota bomba memujuk pelajar perempuan yang berada di luar bangunan asrama. Foto IHSAN JBPM

Dia ada ‘anxiety’, dia tak sedar – Ibu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita tampil menjelaskan keadaan sebenar mengenai anak perempuannya yang terlibat dalam kejadian di sebuah asrama di Jabatan Pertanian Serdang, semalam.

Wanita dipercayai ibu kepada pelajar berusia 19 tahun itu memaklumkan anaknya mengalami gangguan kecemasan (anxiety) dan sedang menjalani rawatan selama ini.

“Dia asalnya kena buli. Bila jadi lagi dia macam stres. Dia tak sedar pun dia buat semua itu. Maaf ya. Terima kasih atas komen semua. Doakan anak saya baik-baik sahaja,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang pelajar perempuan yang berada di tingkat satu bangunan asrama berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.37 pagi.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I Nor Azuwan Zulghoni berkata, sebaik tiba di lokasi, anggota bertindak melakukan size up dan berjaya memujuk mangsa daripada bertindak di luar kawalan.

“Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.06 pagi dan semua anggota kembali ke balai selepas memastikan keadaan terkawal,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN