fbpx
Keadaan mangsa di atas ambulan yang cedera selepas ditikam di bahagian perut oleh rakan sekerjanya.

Kru kapal parah ditikam rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Perselisihan faham antara dua anak kapal bertukar tragedi berdarah apabila seorang daripadanya parah selepas ditikam di bahagian perut dalam kejadian di atas sebuah kapal kargo di perairan Pelabuhan Klang, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 8.52 malam itu diketahui selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima permohonan evakuasi perubatan membabitkan mangsa lelaki warga China berusia 47 tahun.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, susulan itu bot Penggalang 41 digerakkan ke lokasi sebelum tiba di posisi pertemuan kira-kira empat batu nautika dari pantai Tanjung Rhu pada pukul 11.51 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara dua kru lelaki warga China di atas kapal terbabit ketika kapal berkenaan sedang bersauh di perairan tersebut.

“Seorang daripada mereka cedera selepas dipercayai ditikam di bahagian perut oleh suspek berusia 36 tahun. Suspek kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung cubaan bunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan semasa kejadian kapal kargo tersebut sedang bersauh di perairan berkenaan.

Beliau berkata, mangsa dan suspek kemudian dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum tiba kira-kira pukul 1.15 pagi.

“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan lanjut. Manakala suspek telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN