fbpx
FERNANDEZ (dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika bantu Chelsea ikat Liverpool 1-1 di Anfield, sebentar tadi. - AFP

EPL: Fernandez selamatkan maruah Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

LIVERPOOL – Chelsea berjaya berjaya mengelak daripada tewas buat kali ketujuh berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas mengikat Liverpool 1-1 di Anfield, sebentar tadi.

Sebaliknya, keputusan itu meningkatkan tekanan buat pengendali The Reds, Arne Slot dan ia bukan kebangkitan diharapkan selepas tewas kepada seterus utama, Manchester United, Ahad lalu.

Malah satu mata kali ini nyata belum cukup untuk Liverpool mengukuhkan harapan layak ke Liga Juara-Juara, musim depan dan misi itu pasti terancam jika terus alami kekecewaan pada baki dua perlawanan selepas ini.

Pada perlawanan kali ini juga menyaksikan dua gol, masing-masing satu buat Liverpool dan Chelsea dibatalkan oleh pengadil perlawanan, Craig Pawson.

Bagaimanapun, Liverpool memulakan perlawanan dengan sempurna apabila berjaya mendahului seawal minit keenam menerusi Ryan Gravenberch.

Jaringan awal itu seperti tidak beri kesan besar buat Chelsea dan usaha berterusan nyata membuahkan hasil, menyaksikan Enzo Fernandez kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-35.

Empat minit aksi bersambung, gawang tuan rumah bocor buat kali kedua namun jaringan Cole Palmer dibatalkan selepas Pawson membuat penelitian semula di Video Bantuan Pengadil (VAR).

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari tambahan jaringan namun tidak membuahkan hasil sekali gus terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN