BAGI peminat filem Bollywood yang membesar pada era 1990-an, pasti tahu kehebatan filem Taal lakonan Aishwarya Rai, Akshaye Khanna dan Anil Kapoor.
Filem yang ditayangkan pada 1999 itu menjadi fenomena bukan sahaja kerana jalan ceritanya menarik, tetapi lagu-lagunya yang indah dan malar segar.
Terbaharu, penerbit Taal, Subhash Ghai mengumumkan skrip filem Taal 2 dalam pembikinan dan hampir selesai.
Ramai peminat berharap dapat melihat gandingan Aishwarya dan Akshaye selepas 27 tahun.
Namun kata Subhash, dia tidak akan mengambil pelakon lama kerana mereka sudah berusia.
Antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi hero dan heroin Taal 2 ialah Ahaan Panday dan Aneet Padda.














