fbpx
Hannah Yeoh ketika ditemui pemberita selepas merasmikan tapak perkhemahan di Taman Wetland Putrajaya, hari ini.

Biar mahkamah tentukan pampasan mangsa lubang benam Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sebarang keputusan berkaitan tuntutan pampasan susulan insiden di Masjid India yang mengorbankan seorang warga India baru-baru ini.

Beliau berkata, keluarga mangsa boleh mengemukakan tuntutan melalui saluran perundangan memandangkan kes sedemikian belum pernah berlaku di Kuala Lumpur sebelum ini.

“Saya telah berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan sijil kematian juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Kita bersimpati terhadap keluarga mangsa atas kejadian yang berlaku dan saya pasti mereka lega kerana sijil kematian telah pun dikeluarkan.

“Bagi urusan tuntutan pula, saya kira mereka perlu selesaikan melalui tuntutan mahkamah dan biarlah mahkamah menentukan jumlah pampasan yang sewajarnya kerana kita tidak pernah ada kes seperti ini di Kuala Lumpur,” katanya selepas merasmikan tapak perkhemahan di Taman Wetland Putrajaya di sini, hari ini.

Terdahulu, keluarga mangsa dilaporkan mahu bertemu Hannah bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung insiden tersebut, namun difahamkan mereka perlu pulang ke India terlebih dahulu.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, kerajaan mengambil maklum kesedihan dialami keluarga mangsa dan akan memberi kerjasama sewajarnya mengikut proses perundangan sedia ada.

Sebelum ini, keluarga mendiang G. Vijaya Lakshmi yang menjadi mangsa terjatuh ke dalam lubang benam di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada dua tahun lalu mahu rundingan diadakan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan bagi mengemukakan tuntutan pampasan.

Peguam M. Partiben yang mewakili berkata, meskipun belum sebarang angka ditetapkan, namun beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Sesyen.

Ia apabila memerintahkan DBKL membayar pampasan RM824,180 kepada suami isteri waris kepada mendiang Phun Mun Lap, 30, yang meninggal dunia akibat dihempap pokok pada tiga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN