fbpx
PASUKAN Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menjalankan siasatan lokasi seorang murid lelaki Tahun Lima yang terjatuh dari koridor sebuah sekolah rendah di Batu Berendam Melaka, semalam. - Foto oleh AMRAN ALI /KOSMO!

Cuba ambil semula kasut dicampak punca murid jatuh koridor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Murid lelaki tahun lima yang terjatuh dari koridor sebuah sekolah rendah di Batu Berendam, di sini semalam sebenarnya cuba mengambil semula kasut rakannya yang dicampak ke atas bumbung laluan pejalan kaki.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari, ketika murid berusia 11 tahun terbabit dipercayai memanjat bahagian bumbung sebelum hilang imbangan lalu terjatuh.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan murid terbabit itu sendiri yang mencampakkan kasut rakannya.

“Murid itu dikatakan terlebih dahulu mencampakkan kasut rakannya ke atas bumbung laluan pejalan kaki sekolah.

“Apabila rakannya marah, dia kemudian memanjat ke kawasan bumbung berhampiran garaj kereta guru untuk mengambil semula kasut tersebut,” katanya ketika menjelaskan perkara itu kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, selepas berjaya mengambil kasut berkenaan, mangsa dipercayai cuba memanjat semula tembok koridor sebelum tergelincir lalu terjatuh.

“Murid terbabit menerima rawatan dan hanya mengalami luka ringan akibat kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang murid tahun lima sebuah sekolah di Batu Berendam di sini dikejarkan ke hospital selepas dipercayai terjatuh dari koridor bangunan sekolah ketika cuba mengambil kasutnya yang dicampak ke atas bumbung laluan pejalan kaki, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN