fbpx
Mya Qyasyeh Qyaisara hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Orkid, Bandar Pinggiran Subang semalam.

Mya Qyasyeh Qyaisara dilapor hilang sejak pagi semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Polis mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Orkid, Bandar Pinggiran Subang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit kira-kira pukul 12.34 tengah hari.

“Pengadu memaklumkan anak perempuannya yang berusia 15 tahun telah keluar dari rumah pada pukul 7.10 pagi sebelum disedari tidak pulang.

“Orang hilang (OH) itu dikenali sebagai Mya Qyasyeh Qyaisara Abdullah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, OH berkenaan berbadan kurus tinggi dengan ketinggian 157 sentimeter dan berat 49 kilogram.

“Kali terakhir OH dilihat memakai pakaian sekolah iaitu baju putih, kain biru, bertudung putih dan berselipar,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kedudukan remaja terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Sarjan Mohd Hizam Talib di talian 012-6550262 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN