fbpx
Bepop menaiki pesawat Southwest Airlines di Lapangan terbang Oakland baru-baru ini. - Elite Event Robotics

Robot humanoid punca penerbangan lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OAKLAND, CALIFORNIA – Satu penerbangan di negeri California terpaksa ditangguhkan lebih sejam susulan kehadiran ‘penumpang keluli’ yang merupakan sebuah robot humanoid, lapor agensi berita United Press International. 

Kakitangan Elite Event Robotics, Eily Ben-Abraham mengesahkan robot setinggi 1.21 meter dan berat 31.75 kilogram dinamakan Bepop itu menaiki pesawat di Lapangan Terbang Oakland baru-baru ini. 

Pesawat Southwest Airlines itu berlepas dari bandar Oakland dan mendarat di San Diego.

Jurucakap Southwest Airlines, Lynn Lunsford berkata, Ben-Abraham telah membeli tiket penerbangan untuk Bepop. 

“Namun, kelewatan itu berpunca daripada kehadiran Bepop di tempat duduk tepi lorong yang melanggar dasar syarikat penerbangan untuk barang bawaan (carry-on) besar dalam pesawat. 

“Selepas dipindahkan ke tempat duduk tepi tingkap, kru mendapati bateri litium Bepop melebihi had maksimum yang ditetapkan. Pesawat itu dapat berlepas selepas bateri litiumnya dikeluarkan dan dirampas,” kata Lunsford. 

Penerbangan itu mengalami kelewatan sekitar satu jam dan dua minit dari jadual. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN