fbpx
Azam selepas majlis penyerahan karya seni bernilai tinggi berkaitan pemulihan aset 1MDB di ibu pejabat SPR, Putrajaya hari ini.

1MDB: 8 lagi lukisan dijangka diperoleh hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Lapan lagi lukisan bernilai tinggi dengan anggaran melebihi AS$120 juta (RM515 juta) yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka berjaya diperoleh semula menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, proses itu dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (US DOJ) melalui Bantuan Perundangan Bersama.

Menurut beliau, usaha pemulihan aset berkenaan kini berada pada tahap positif dan dijangka selesai sekiranya semua proses berjalan lancar.

“Kami mencapai satu kejayaan penting dalam mendapatkan semula aset melalui Bantuan Perundangan Bersama dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

“Jika semuanya berjalan lancar, kita akan memperoleh lukisan-lukisan ini menjelang hujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Antara karya seni yang masih dalam proses pemulihan ialah lukisan oleh Henri Matisse, Alexander Calder, Pablo Picasso, William H. Bailey, Raoul Dufy, Salvador Dalí dan Gustave Loiseau.

Azam berkata, nilai keseluruhan karya seni yang sedang dalam proses pemulihan dianggarkan sekitar AS$1.7 juta (RM6.9 juta).

Menurutnya, SPRM turut giat mendapatkan semula hasil jualan sebuah lukisan karya Claude Monet bertajuk Vétheuil au Soleil yang dijual di Switzerland pada harga kira-kira €25.2 juta (RM114 juta).

“Dana tersebut kini dalam proses penyitaan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan usaha pemulihan sedang diteruskan melalui saluran perundangan serta kerjasama dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Switzerland,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan mendapatkan semula karya seni itu merupakan sebahagian daripada pencapaian lebih besar Malaysia dalam usaha pemulihan aset berkaitan 1MDB.

Sebelum ini, SPRM berjaya membawa pulang empat karya seni bernilai hampir RM800,000 yang kini disimpan dengan selamat di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Empat karya seni tersebut ialah Composition (1953) oleh Joan Miró, Maison de rendez-vous de chasse de Henri IV, Rue St. Vincent, Montmartre (1934) oleh Maurice Utrillo, Étude pour femme couchée (1948) oleh Balthus dan L’Ecuyère et les clowns (1961) oleh Pablo Picasso. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN