fbpx
AZAR sangat terharu menerima kejutan daripada sahabatnya, Janna Nick yang sanggup terbang dari London ke KL semata-mata hendak bertemu dengannya.

‘Awak sangat bermakna, terima kasih menyinari hidup saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terharu dengan kejutan daripada rakan seperjuangan, pelakon Azar Azmi berterima kasih buat aktres, Janna Nick yang sanggup terbang ke Malaysia semata-mata mahu menemuinya.

Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi, 37, berkata akan berpegang kepada janji untuk tidak lagi ‘hilang’ selain terus kuat mengharungi dugaan kehidupan.

“Kepada sahabatku yang manis Janna, terima kasih untuk segala-galanya. Menempuh perjalanan beribu batu untuk menjayakan perkara ini. Aku tak tahu nak cakap apa.

“Awak sangat bermakna untuk saya. Kita berborak cerita lapan, sembilan tahun lepas, tapi masih segar dalam ingatan kita. Kita bercakap sampai tak tahu pukul berapa.

“Janna, saya akan berpegang dengan kata-kata saya, insya-Allah. Terima kasih kerana menyinari dunia saya,” katanya dalam hantaran Instagram.

Menerusi perkongsian sama, pelakon drama Nur 2 itu turut memberikan penghargaan terhadap pengurusnya yang bertanggungjawab mengatur pertemuan tidak dijangkakan tempoh hari.

“Kepada pengurus yang ‘mendalangi’ segalanya, kejap kata nak jumpa orang, kejap kata ada mesyuarat, kejap kata nak jumpa pembekal, kejap itu kejap ini.

“Cerita awal tak ‘tele’ tapi aku tetap husnuzon dengan dia ni. Terima kasih buntal,” ujarnya berseloroh.

Menjengah ruangan komen, netizen menyatakan perasaan syahdu melihat pengorbanan Janna yang sanggup ‘terbang’ dari London, United Kingdom untuk menemui Azar.

“Ini adalah persahabatan sebenar. Masya-Allah moga ukhwah kalian berkekalan hingga ke jannah, amin. Anda disayangi ramai orang Azar. Allah ada, Allah bantu awak,” tulis netizen.

Terdahulu, keperitan hidup Azar meraih perhatian ramai selepas ditahan reman pada Mac 2026 untuk membantu siasatan kes penipuan jualan tanah dan darjah kebesaran bernilai RM1.5 juta yang melibatkan suaminya.

Sebelum ini, pendedahan Janna mengenai keadaan Azar ketika didakwa terpalit dengan kegiatan penipuan wang ringgit bersama suaminya setelah sekian lama menghilang meraih perhatian ramai.

Janna juga sempat berhubung dengan Azar ketika rakannya itu mengadakan siaran langsung bersama usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN