fbpx
Tangkap layar televisyen litar tertutup oleh pengguna @_ghisa di beberapa buah premis perniagaan yang memaparkan aktiviti wanita berkenaan.

‘Pura-pura tengok sebelum rembat makanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di sekitar kawasan Klang diminta waspada dengan kehadiran seorang wanita yang didakwa giat melakukan aktiviti mencuri di pelbagai premis perniagaan baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial oleh @_ghisa, dia mendakwa wanita berkenaan telah melarikan makanan dari kedainya yang terletak di kawasan Teluk Pulai dengan menggunakan modus operandi yang cukup licik.

Menurutnya, wanita itu memakai topi keledar dan berpura-pura memeriksa nama pada bungkusan makanan sebelum mendakwa ia adalah miliknya.

“Semalam dia rembat makanan dekat kedai kami, pura-pura tengok nama dekat makanan dan lepas itu cakap yang itu dia punya. Nasib baik ada hamba Allah yang prihatin, tolong bayarkan untuk perempuan ini,” katanya.

Lebih mengejutkan, wanita itu didakwa turut pergi ke premis bersebelahan untuk mencuri pesanan pelanggan yang lain dan mengetahui bahawa wanita tersebut juga telah melakukan kegiatan mencuri ini di beberapa premis perniagaan yang lain.

Rata-rata pengguna meluahkan rasa berang dan hairan dengan tindakan wanita itu yang dianggap sudah menjadi satu tabiat kerana telah sering ditangkap oleh pekerja di beberapa buah premis sebelum ini.

“Ini bukan sebab kelaparan atau terpaksa tapi memang dah jadi tabiat mencuri dan perangai macam ini selalunya dari kecil dah terbiasa mencuri. Tengok muka dia itu selamba sahaja, maksudnya dah biasa buat,” kata pengguna @athirahaman_.

“Dia ini memang sebab pernah rembat minuman segera dan rembat makanan dari ‘rider’ juga,” kata pula pengguna @safiyy.sulaiman.

“Risau pula datang tempat kerja aku sebab nak rembat makanan. Kami dah lah selalu ada kes makanan tiba-tiba hilang,” ujar pengguna @niesamaera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN