fbpx
OPERASI pencarian warga emas yang disyaki terjatuh ke dalam tali air di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani ditamatkan hari ini. - Gambar ihsan JBPM Kedah

Warga emas hilang gagal dikesan, operasi ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Kehilangan seorang lelaki warga emas dari Kampung Masjid, Tikam Batu di sini terus menjadi misteri apabila operasi pencarian sejak Ahad lalu menemui jalan buntu.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Khalid @ Halim Salleh, 84, sebelum ini dikhuatiri terjatuh ke dalam tali air susulan penemuan selimut miliknya di kawasan itu.

Warga emas terbabit dikatakan mengalami masalah ingatan.

Pegawai Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata, operasi mencari mangsa di tali air dilakukan menerusi pelbagai kaedah termasuk pencarian di permukaan, penggunaan grappling iron, selaman dan body rafting.

“Unit Anjing Pengesan polis dan bomba juga digerakkan dalam operasi pencarian. Kawasan pencarian termasuk di sepanjang tali air serta kawasan sawah berhampiran.

“Namun, mangsa masih belum ditemui walaupun operasi yang turut dibantu Jabatan Pengairan dan Saliran serta penduduk kampung sudah memasuki hari ketiga hari ini,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, operasi pencarian ditamatkan pada pukul 7.30 malam ini sehingga dimaklumkan terdapat petunjuk baharu.

Kosmo! pada kelmarin melaporkan seorang lelaki warga emas dikhuatiri terjatuh ke dalam tali air susulan penemuan selimut miliknya di situ.

Mangsa, Mohamad Khalid tinggal di sebuah rumah berhampiran tali air berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN