fbpx
Sistem digital baharu MyNIISe di KLIA. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

Autogate MyNIISe ‘game changer’, pemeriksaan hanya 5 saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sistem digital baharu MyNIISe bakal menjadi ‘game changer’ dalam mempercepatkan proses kemasukan dan pelepasan pelawat di negara ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, lebih 60 autogate akan disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan sebahagiannya telah mula beroperasi.

“Sistem ini menggunakan pengecaman wajah, kod QR dan pasport. Proses hanya mengambil sekitar empat hingga lima saat sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku gangguan teknikal kecil sepanjang fasa peralihan daripada sistem lama MyIMMS.

“Ia perkara biasa dalam mana-mana proses peralihan sistem dan kita akan minimumkan gangguan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dijangka akan dilengkapi fasiliti persenjataan dalam usaha memperkukuh keselamatan di pintu masuk negara.

Menteri Dalam Negeri berkata, cadangan penggunaan taser gun antara pilihan awal sebelum mempertimbangkan penggunaan senjata api.

“Secara prinsip, ya, AKPS akan menuju ke arah penggunaan senjata, terutama bagi anggota di kawasan berisiko tinggi,” katanya.

Menurut beliau, anggota yang terlibat telah dilatih dari segi psikologi dan kemahiran, termasuk yang mempunyai latar belakang pasukan keselamatan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN