fbpx
Ahmad Maslan (tengah) dan Presiden Perkobf, Tukiman Radion bergambar bersama para hadirin yang hadir ke Mesyuarat Agong Perkobf, di Dewan Tun Rahah Memorial Tun Abdul Razak, hari ini. Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH

Langkah jimat kerajaan cuma beri kesan sementara kepada kontraktor kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Langkah penjimatan oleh Kementerian Kewangan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan terhadap perbelanjaan mengurus (OE) masing-masing, hanya mendatangkan kesan jangka pendek kepada pihak kontraktor kecil.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata, ia berikutan konflik yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran juga dijangka bukan bersifat kekal.

“Langkah penjimatan itu pada pandangan saya adalah sementara dan peperangan ini pun bukan selamanya. Oleh itu, pada pandangan saya, ia hanya mendatangkan kesan jangka pendek kepada pihak kontraktor.

“Memang ada kesan apabila projek pembangunan ditangguh, tetapi apabila perang tamat, keadaan akan pulih seperti sedia kala dan langkah penjimatan itu pun akan tamat juga,” katanya menjawab pertanyaan pemberita mengenai kesan panduan penjimatan yang dicadangkan Perbendaharaan terhadap para kontraktor kecil.

Beliau berkata demikian selepas berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agong Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf), di Dewan Tun Rahah Memorial Tun Abdul Razak, di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Kementerian Kewangan mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan melaksanakan penjimatan terhadap OE masing-masing, berdasarkan peruntukan belanjawan yang masih berbaki bagi 2026 dengan nilai keseluruhan mencapai RM10 bilion.

Menerusi satu panduan penjimatan yang dicadangkan Perbendaharaan untuk dilaksanakan, langkah itu adalah tindak balas kerajaan untuk menangani kesan krisis Asia Barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN