LONDON – Seorang pemancing menaikkan seekor ikan kap seberat 31.2 kilogram sekali gus mencatat rekod baharu bagi tangkapan spesies itu di Britain, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Michael Nixon, 48, menangkap ikan kap itu pada awal 1 Mei lalu selepas empat hari berada di Tasik Kingfisher, Buckinghamshire.
Ikan kap itu memecahkan rekod 30.8 kg yang dicatatkan pada tahun 2016.
“Saya rasa sangat gembira. Saya tidak dapat tidur kerana saya sangat teruja,” katanya.
Tasik Kingfisher yang menjadi habitat kepada ikan kap Big Common, merupakan sebahagian daripada tempat memancing Waterside Fishery.
“Ini merupakan kali pertama kami ke sana. Kami menempah untuk memancing di tasik ini sejak 2025. Kami tahu ikan-ikan di sini sedang membesar,” tambah Nixon. – AGENSI














