fbpx
AISYAWATI (kanan) bersama Mohamad Zaerwafar menunjukkan barangan bayi mereka semasa ditemui di rumah mereka di Taman Sri Wang Fasa 1, Arau baru-baru ini.

Kes bayi maut, polis tunggu laporan forensik lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Polis masih meneruskan siasatan kes kematian bayi perempuan berusia lapan bulan di Taman Sri Wang Fasa 1, di sini dengan beberapa laporan penting masih belum diperoleh.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya kini menunggu laporan forensik melibatkan telefon bimbit serta rakaman papan pemuka milik ibu mangsa.

“Selain itu, polis juga menunggu laporan temu bual kanak-kanak yang melibatkan saksi kanak-kanak dalam kes ini. Kita turut menunggu laporan penuh bedah siasat bagi melengkapkan siasatan secara menyeluruh,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pegawai penyiasat kes sedang dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis untuk tindakan lanjut.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan sepasang suami isteri menuntut pembelaan selepas bayi perempuan mereka meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan pengasuh pada 15 April lalu.

Pasangan itu, Mohamad Zaerwafar Che Mat Zaidin, 34, dan isterinya, Aisyawati Isa, 34, menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kematian anak mereka, Aufa Zayyana.

Polis sebelum ini turut menahan pengasuh pada 16 April sebelum dibebaskan dengan jaminan, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN