fbpx
Steven (tengah) menghadiri Jualan Madani Koperasi dan Usahawan di Dewan Terbuka Taman Tanjung Aman hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Kuskop sasar jimat RM20 juta kos operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyasarkan penjimatan kira-kira RM20 juta tahun ini bagi menyokong langkah Kementerian Kewangan (MOF) dalam melindungi rakyat ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, langkah penjimatan itu bukan bertujuan mengurangkan peruntukan kepada rakyat, sebaliknya memberi tumpuan kepada pengurusan perbelanjaan operasi kerajaan secara lebih berhemah.

Katanya, pendekatan tersebut penting bagi memastikan kerajaan terus dapat menyalurkan peruntukan kepada program pembangunan dan kebajikan rakyat.
“Mungkin ada yang salah faham, ingat (langkah penjimatan) ini adalah memotong belanjawan untuk jaga rakyat dan sebagainya tetapi tidak, sebenarnya ini adalah penjimatan untuk perbelanjaan mengurus.

“Contohnya seperti majlis-majlis keraian, kenduri, kita tidak galakkan untuk anjurkan tahun ini, kalau boleh kita tak anjurkan majlis besar-besar. Selain itu, program-program perjalanan ke luar negara kalau boleh kita kurangkan.

“Mesyuarat pula kalau boleh ‘online’, kita buat ‘online’. Kalau kena pergi juga setengah mesyuarat antarabangsa, kurangkan bilangan orang yang hadir termasuk pembelian aset-aset baru, kita bekukan dan pengambilan staf-staf dan pegawai baru itu kita untuk sementara ini diberhentikan.

“Jadi ini adalah kos-kos operasi kerajaan yang ia tidak melibatkan kos pembangunan ataupun kebajikan rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jualan Madani Kuskop (JMKU) bagi kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Puyu di Taman Tanjung Aman di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN