fbpx
MOHD IZAT (dua dari kiri) tidak dapat menahan sebak ketika menunggu jenazah ibu dan adiknya di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi hari ini

‘Berkali-kali telefon tak berjawab, rupanya ibu, adik sudah tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Naluri ahli keluarga yang berasa tidak sedap hati apabila panggilan telefon tidak dijawab akhirnya membawa kepada khabar duka apabila ibu dan adik mereka disahkan maut dalam kemalangan di Kilometer 71, Jalan Johor Bahru-Mersing petang semalam.

Mohd Izat Kamilin, 22, berkata ketika kejadian ibunya Rubeta Mohd, 51, adik bongsunya Nur Isyirah Syakirah, 14 dan bapanya Kamilin Alias, 56 yang menaiki Proton Persona dalam perjalanan pulang dari Mersing selepas menghadiri majlis perkahwinan.

Katanya, mereka bertolak dari rumah di Taman Sri Saujana kira-kira pukul 8 pagi berkonvoi bersama ibu saudaranya.
Dia berkata, ibu saudaranya sempat menghubungi ibunya kerana tidak nampak kelibat kereta kira-kira pukul 4 petang, namun ibunya memaklumkan mereka singgah di Felcra Sungai Ara ekoran keadaan cuaca hujan lebat.

“Saya tak ikut sebab kena kerja. Perancangan awal sepatutnya yang bawa mereka ke Mersing tapi tidak jadi. Pagi itu saya sempat jumpa mereka sebelum mereka bertolak.

“Bila saya balik kerja kira-kira pukul 6 petang kami adik beradik mulai risau kerana ibu, ayah dan adik masih tidak balik lagi tambahan pula mereka cakap lepas habis kenduri terus hendak balik.

“Saya dan kakak cuba hubungi mereka. Saya hubungi ayah, ibu dan adik berkali-kali tapi tidak diangkat. Akhir sekali saya hubungi adik dan ketika itu polis yang angkat lalu mengatakan mereka terlibat kemalangan,” katanya ketika ditemui media di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi hari ini.

Tambahnya, jenazah ibu dan adiknya itu dikebumikan di dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN