BUKAN Kabhie Kushi Kabhie Gham tetapi pengarah dan penerbit terkenal, Karan Johar berhasrat terbitkan Kabhi Alvida Naa Kehna versi drama bersiri.
Filem yang dibintangi Shah Rukh Khan, Rani Mukherji, Preity Zinta dan Abishek Bachchan itu ditayangkan 20 tahun lalu.
Namun, karya tersebut menerima pelbagai reaksi penonton yang kebanyakannya tidak suka dengan plot filem tersebut yang menceritakan tentang pasangan suami isteri yang curang.
Karan berkata, dia mahu menerbitkan versi drama bersiri kerana 20 tahun lalu, penonton filem tersebut mempunyai dua pandangan yang berbeza.
“Ketika babak Shah Rukh dan Rani daftar masuk hotel, saya lihat ada penonton yang keluar daripada pawagam,” katanya.
Khabi Alvida Naa Kehna versi drama bersiri akan ditayangkan dalam platform penstriman.














