fbpx
Rafizi.

Saya sedia disiasat SPRM – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya pada Isnin ini.

Menurutnya, notis berkenaan diterima kira-kira pukul 3 petang hari ini, dengan sesi rakaman percakapan dijadualkan pada pukul 10 pagi pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan tersebut berkait dengan usaha sama kerajaan bersama syarikat teknologi global, ARM Holdings.

“Kes menjurus kepada sama ada saya mendesak Jemaah Menteri untuk menandatangani secara tergesa-gesa,” katanya menerusi hantaran di platform X hari ini.

Rafizi mendakwa, siasatan itu timbul susulan laporan dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Februari lalu yang mempersoalkan perjanjian berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tiada unsur kewangan terlibat dalam perkara tersebut dan menjangkakan kemungkinan berdepan pertuduhan berkaitan pecah amanah.

“Saya telah bersedia dengan pasukan peguam-peguam saya,” katanya.

Tambah beliau, usaha sama dengan ARM itu masih diteruskan.

Sehubungan itu, Rafizi menyifatkan kes berkenaan sebagai satu peringatan kepada ahli politik dan penjawat awam berhubung risiko berdepan tindakan undang-undang dalam membuat keputusan dasar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN